PROMOSI TERHANGAT - COLLAGEN POWDER
Shaklee collagen powder adalah supplemen kolagen yang unggul, mengandungi 4,000 mg Kolagen RSS (sisik ikan merah), sejenis kolagen tulen dan bermutu tinggi dan amat mudah diserap oleh tubuh.
Tujuh ramuan utama Kolagen powder ialah:
1) Kolagen dari sisik ikan merah
Sumber kolagen dengan kadar penyerapan yang tinggi
2) Ekstrak biji Camellia japonica
Biji camellia adalah pelembap kulit yang hebat, antioksida semulajadi
3) Ekstrak pfaffia
Pfaffia yang juga dikenali sebagai ginseng Brazil, memainkan peranan penting dalam menghidratkan tisu tubuh untuk menjadikan kulit lembut, lembap dan licin
4) Elastin dari kolagen ikan
Elastin memelihara kulit menjadi tegang.
5) Vitamin C dan Vitamin B
Vitamin C menggalakkan penghasilan kolagen dan menentang radikal bebas yang merosakkan kulit
Vitamin B turut serta dalam metabolisma karbohidrat, lemak dan protein untuk membebaskan tenaga yang diperlukan untuk penghasilan kolagen di dalam sel
6) Ekstrak kekerang
Glucosamine ekstrak kekerang adalah penting dalam sistesis cecair untuk membekalkan pelincir kepada sendi-sendi dan menghidrat mata untuk melegakan ketidakselesaan mata
7) Lactobacillus Acidophilus
Membantu mengimbangi mikroflora usus dan membantu membina semula sistem usus yang sihat yang mampu meningkatkan penyerapan kolagen
Semakin kita menua, tubuh kita menghasilkan semakin kurang kolagen, mengakibatkan lebih banyak kedutan dan garis halus. Kerosakan kolagen boleh juga disebabkan oleh pencemaran udara, radikal bebas udara dll.
Monday, 22 December 2014
Sunday, 21 December 2014
Resepi Egg Muffin inti daging
Resepi Egg Muffin Inti Daging
Ini menu minum petang saya hari ini.
Resepinya simple je.
Bahan-bahan (untuk 6 biji muffin)
1) Telur 4 biji
2) Daging cincang cap ramly satu keping
3) Bawang besar sebiji
4) Blackpaper skit
5) Garam skit
6) Cheese (mozarela)
7) Lada bangala
8) Brokoli
Cara-cara
1) Tumis bawang merah dan masukkan daging, cincang2 daging.
2) Masukkan garam dan blackpaper. Kacau sebati.
3) Dalam bekas muffin sapu minyak skit.
4) Kemudian masukkan telur, brokoli, dan daging tadi.
5) Dan letak lada bangala ngan cheese.
6) Bakar 10 minit
7) Siap utk dimakan
Selamat mencuba, mesti jadik.
Ini menu minum petang saya hari ini.
Resepinya simple je.
Bahan-bahan (untuk 6 biji muffin)
1) Telur 4 biji
2) Daging cincang cap ramly satu keping
3) Bawang besar sebiji
4) Blackpaper skit
5) Garam skit
6) Cheese (mozarela)
7) Lada bangala
8) Brokoli
Cara-cara
1) Tumis bawang merah dan masukkan daging, cincang2 daging.
2) Masukkan garam dan blackpaper. Kacau sebati.
3) Dalam bekas muffin sapu minyak skit.
4) Kemudian masukkan telur, brokoli, dan daging tadi.
5) Dan letak lada bangala ngan cheese.
6) Bakar 10 minit
7) Siap utk dimakan
Selamat mencuba, mesti jadik.
Saturday, 13 December 2014
Resepi Cekodok Nasi, Rangup di luar lembut di dalam
Petang-petang ni best makan-makan sambil tengok tv. Ini dia resepi cekodok nasi.
Bahan-bahan
1) Nasi putih semangkuk
2) Bawang Besar sebiji
3) Ikan bilis
4) Tepung gandum
5) garam sikit
Cara-cara
1) Blend nasi, bawang dan ikan bilis. Letak air skit
2) Masukkan bahan yang telah diblend ke dalam mangkuk, letak tepung gandum, gaul2 sehingga sebati
3) Masuk garam skit.
4) Ok dah boleh goreng.
5) Sedia untuk dimakan cicah sos atau sardin
Selamat menjamu selera
Thursday, 11 December 2014
Resepi Ayam Panggang Simple
Hai sume. Dah makan malam? Malam ni ada bola. Harimau Malaya lawan Vietnam. Jadi saya wat menu yang simple untuk ngonyeh2. Ini resepinya.
1) Kepak ayam + peha sebab cepat masak
2) 2 biji bawang putih
3) Sebiji bawang merah
4) Halia 1 inci
5) 2 sudu kecil jintan manis
6) 2 sudu kecil jintan putih
7) Garam dan kunyit
8) Kalau nak pedas letak cili skit
9) Kalau nak manis letak gula sikit
10) Kalau nak ayam kaler itam skit leh letak madu
11) Kalau ade serai pun leh letak masa perap
Tumbuk bawang putih, bawang merah dan halia. Gaul sekata semua bahan ngan ayam. Perap 15 minit. Nak perap lama lagi sedap. Kemudian panaskan oven. Dan masukkan untuk dibakar.
Dah siap.
Wednesday, 10 December 2014
Kiter BaKor Kiter BaKor
Set Kurus Shaklee.
3 perkara penting yang diperlukan untuk kurus dan mencapai berat ideal. Disamping itu senaman dan pengambilan makanan juga mempengaruhi untuk kurus
1) Kena bakar lemak
2) Kena buang lemak
3) Lepas dah bakar dan buang lemak, bina otot
(1) Okey kita citer dulu tentang bakar lemak.
[√] Ada dua agen untuk bakar lemak.
Lecithin dan Omega Guard.
• Lecithin bertindak sebagai pembersih salurdarah, membantu mengemulsi dan metabolisma lemak, kolestrol di dalam tubuh.
• Lecithin berfungsi untuk membakar lemak dalam badan
• Lecithin menghalang obesiti dan kesan pelangsingan yang seimbang
• Lecithin menghalang darah tinggi, memperbaiki tekanan darah tinggi dan menggalakkan peredaran darah
[√] Omega Guard
• Omega guard juga berfungsi untuk membakar lemak
• Omega Guard mempunyai DHA dan EPA boleh menentang thrombosis, tekanan darah tinggi yang lebih rendah dan kepekatan darah, melincirkan saluran darah, dan peredaran darah yang lancar.
• Omega merendahkan kolestrol, menghindarkan pembekuan darah, mengawal masalah obesiti, dan efektif untuk membantu mengekalkan tekanan darah normal dan ketegangan leher atau sakit kepala.
(2) Selepas kita dah bakar lemak, kita haruslah detox iaitu buang segala toksin dalam badan
[√] Ada dua agen untuk detox iaitu herblax dan alfafa complex
• Sifat herblax ini menggalakkan tindakan pembersihan
• Herblax berfungsi merangsang usus untuk mempercepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama di dalam tubuh
• Herblax membantu masalah sembelit
• Herblax mengempiskan perut
[√] Alfafa Complex juga adalah agen detox
• Alfafa berfungsi menyingkirkan lemak dan kolestrol. Kajian menunjukkan penggunaan jangka panjang daripada alfafa akan menghapuskan lemak, mengurangkan kolestrol, mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi
• Alfafa juga berfungsi untuk mencuci darah dan usus. Ia adalah makanan beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan kolon, dan mencantikkan kulit dan otot
(3) Untuk mengelakkan otot menggeleber dan kendur selepas kurus, kita perlukan protein yang tinggi yang berfungsi untuk membina otot dan ototlah menaikkan kadar metabolisma.
[√] Cinch Shake adalah minuman untuk membina otot.
• Di dalam cinch mempunyai leucine iaitu nutrisi penting untuk keperluan tubuh
• Dalam setiap hidangan cinch, mempunyai 24 gram protein.
• Cinch tinggi kandungan serat 6gm serat setiap hidangan
• Ada 3 perasa cinch yang lazat iaitu perisa vanilla, coffe latte dan chocolate. nyum2x
[√] Esp juga adalah minuman untuk membina otot. Esp juga mengandungi protein yang tinggi.
Gambarajah menunjukkan pilihan untuk mengambil set kurus shaklee. Boleh pilih nak cuba yang mana.
Miza
Pengedar Sah Shaklee
0176232042
Sunday, 7 December 2014
Ketahui Warna Urine Untuk Menentukan Cukup ke Tidak Air
Tahukah anda bahawa warna urine boleh tentukan sama ada badan kita cukup ke tidak ambil air.
Gambarajah menunjukkan warna urine.
Leh cek pasni. Hehe
Kalau urine kaler jernih dari no 1 hingga 3 tu menunjukkan kita cukup minum air.
Sangat bagus. Teruskan. Keep it up.
Kalau urine kaler pekat sikit start no 4 hingga 6 tu maknanya kita kurang air.
Kena ambil ambil air banyak
Kalau pekat sangat ikut carta no 7 dan 8 tu maknanya kena jumpa doktor la. Tu maknanya sangat - sangat kurang air dalam badan dan pada tahap yang membahayakan. Kena lagi banyak minum air.
Jom minum air mineral dan air masak
Kepentingan Minum Air
Air, penting untuk tubuh badan kita.
5 kepentingan minum air.
Air masak atau mineral tau. Bukan air manis2..
1) Minum air yang cukup memudahkan penyerapan nutrien
2) Minum air yang cukup meningkatkan produksi darah dan sel
3) Minum air yang cukup mampu menurunkan berat badan
4) Minum air yang cukup mampu mengglowingkan kulit. Ha....gitu
5) Minum air yang cukup mampu membuang toksin dalam badan.
Untuk mengira air yang cukup;
Setiap 25kg berat badan = 1 liter air
Kalau berat 50kg = 2 liter air
Kalau 75 kg = 3 liter air
Gambarajah menunjukkan kepentingan air
Ok, jom minum air.
Tindakan bijak dari sekarang akan menjamin kesihatan yang berpanjangan untuk masa depan.
Subscribe to:
Posts (Atom)