Tuesday, 13 September 2016

Kem Bina Negara (BTN) Tanjung Rhu, Sepang

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Malam ni sy ade kelapangan untuk corat coret kat blog saya ni tentang kursus yang saya hadiri minggu lepas. Program Transformasi Negara di Tanjung Rhu, Sepang, bermula 6 September sehingga 9 September 2016.

Kursus ini dianjurkan oleh pejabat suk n9 dengan kerjasama dari pihak Biro Tatanegara. Modul ini disusun khas dari suk untuk semua kakitangan di bawah kerajaan Negeri Sembilan.

Ini adalah kali kedua saya pergi BTN. Yang pertama dulu masa mula2 masuk kerja, tahun 2008. Masa tu pakaian utk ke BTN adalah baju kurung putih dan kain hitam.

BTN kali ini berlainan dengan yang dulu. Pakaian kali ini xyah pakai yg mcm dulu, boleh pakai pakaian ke opis dan smart casual.



Kem Bina Negara Tanjung Rhu ini mempunyai sebuah dewan. Dewan ni besar, selesa dan sejuk.


6 September 2016
9.00 pagi sehingga 11.00 pagi
Pendaftaran peserta dan pembahagian asrama


Asrama 

Dorm di BTN Tanjung Rhu ade Blok A,B,C,D,E dan F. Katil double dacker. Satu dorm ade 16 orang. Dalam satu dorm ade 2 plug. Jadi disarankan untuk bawa wayar extension. 

Aktiviti


Pukul 2.00 petang bermula taklimat program. Dan pukul 3.00 bermula wacana minda yang pertama. 

Petang minum petang dan solat asar. Oh ya, di btn ni makan disediakan sebanyak 6 kali. Sarapan, minum pagi, mkn tengahari, minum ptg, mkn malam dan minum malam. Alhamdulillah disini makanannya semua sedap2. 

Aktiviti petang


Oleh kerana BTN Tanjung Rhu ini di tepi pantai, maka petang itu kami beriadah di tepi pantai


Kiki. Saya pi sekali ngan suami, senang sekali kursus. 

Lepas riadah, makan malam dan bersiap untuk ke surau solat jemaah dan mendengar kuliah. Kemudian selepas kuliah, sambung dengan wacana minda yang ke dua di dewan.

Hari ke dua 


Perbarisan pagi dan nyanyian lagu negara ku. Kemudian masuk ke dewan. Di sebelah petang. Pembahagian kumpulan.



Ini adalah bilik untuk LDK di Kem Bina Negara Tanjung Rhu. Bilik nye selesa dan ade aircond.

Aktiviti-aktiviti



Bawa batang paip supaya bola tak jatuh. Dan tak boleh bercakap.
 Kalau bola jatuh dan bercakap kena baring. Hehe. Yang ini memberi pengajaran supaya kerja berpasukan untuk mencapai matlamat






Makan time. 
Makan ikut kumpulan. Selapas makan basuh pinggan sendiri.



Secara keseluruhannya, BTN ni memberi banyak ilmu dan input yang bermanfaat. Justeru, terima kasih kepada sukn9 kerana memberi kami peluang untuk menghadiri kursus ini. Terima kasih juga kepada fasilitator yang byk memberi ilmu yg sangat berguna. Justeru terima kasih kpd biro tatanegara yang banyak membimbing sepanjang kursus ini dengan jayanya.

Daun mengkudu daun selasih
Sekian dulu terima kasih

Selamat hari raya aidil adha
















No comments:

Post a Comment