Sunday, 27 December 2015

13 KELEBIHAN GLA COMPLEX SHAKLEE

Kelebihan gla complex Shaklee

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Terasa cepat masa berlalu, dah bulan Disember 2015 dan lagi 3 hari kita akan masuk ke tahun baru. Sudah tentu kita teruja bila masuk ke tahun baru dengan azam yang baru. Dan doakan juga agar kita memperoleh kesihatan yang berpanjangan.Amin..

Pagi ini saya nak update blog saya tentang kelebihan gla complex shaklee. Harap sudi membacanya. Hehe.


GLA COMPLEX antara produk terbaik yang ramai orang suka termasuklah saya. Kebanyakan gla tersedia dipasaran dihasilkan dari epo (evening primrose oil) , akan tetapi gla shaklee diekstrak dari borage seed yang mengandungi 2kali ganda gla dalam epo. Borage juga adalah 3x ganda dari segi biovailabilitinya dan 3x ganda lebih berkesan dari epo.

Gla complex mengandungi omega 6 dan digabungkan dengan minyak sunflower dan vitamin e untuk meningkatkan keberkesanan dan kestabilannya.




Manfaat utama:

1) Mengawal selia estrogen dan testosterone

Gla mengawal selia hormon yang tidak stabil, memperbaiki simptom pms, seperti sakit perut, mood swing, dan sakit payudara.

2) Herba tradisi

Borage seed adalah herba yang merawat ulser, mengeluarkan virus, melegakan kelesuan, membersihkan kahak, meringankan kebas urat saraf dan meningkatkan stamina

3) Menangani simptom menopous

Gla memperbaiki keadaan menopous seperti hot flashes, onsomnia,depresi. Pengambilan jangka panjang akan melambatkan penuaan, mengetatkan uterus, memberi tone kepada uterus untuk kulit lebih muda.

4) Menentang kanser

Gla adalah anti oksidan yang meningkatkan system imun tubuh dan menghalang pertumbuhan sel tumor dan kanser

5) Memperbaiki tekstur rambut

Gla memperbaiki rambut kering dan keadaan rambut gugur

6) Memperbaiki prostatomegaly

Gla memperbaiki masalah prostat lelaki dan masalah kerap kencing

7) Memperbaiki inflamasi kulit

Ianya mengurangkan inflamasi kulit, eczema, alergi, kegatalan, kulit kering, memperbaiki titik penuaan. Ianya juga meringankan sakit dan bengkak yang terjadi dari rheumatism

8) Menghalang komplikasi diabetes

Gla merendahkan gula dalam darah, meringankan kebas dan kesakitan disebabkan oleh gula yang tinggi

9) Menghalang darah tinggi

Gla menghalang pembekuan darah, merangsang peredaran darah, memperbaiki tekanan darah tinggi, mengelak masalah jantung seperti myocardial infarction

10) Pelangsingan badan dan menghalang tambah berat badan

Gla merendahkan kolestrol LDL, menghalang berat badan dengan berkesan, memberi tone kepada kulit cantik dan otot wanita secara berperingkat untuk mencapai bentuk badan cantik.

11) Mengecutkan cyst dan fibroid

  • GLA (gamma linolenic acid) adalah sejenis asid lemak Omega-6 yang diperlukan badan untuk membentuk prostaglandin iaitu sejenis bahan berupa hormon yang mengawal keradangan dan mengawal atur proses badan yang normal.

  • Jadi dengan menambahkan kuantiti prostaglandin dalam badan, ia dapat mengecutkan cyst dan mengawal imbangan hormon untuk mengelakkan pembentukan cyst baru sekaligus merawat masalah cyst anda.

  • 12) Memperbaiki period tidak teratur

    Gla berperanan untuk mengawal hormon  tidak stabil dan menangani period tidak teratur

    13) Meningkatkan kesuburan dan merancang kehamilan

    Gla menambahkan kesuburan dan menstabilkan hormon untuk merancang kehamilan







     
    Pengedar Sah Shaklee
    Nur Hamiza Binti Ibrahim
    Fb : Hamieza Ibrahim
    Ig : Hamiza_fiqueza
    No hp : 0176232042
    

    Thursday, 15 October 2015

    ONEXOX SIMKAD JIMAT

    Assalamualaikum dan salam jumaat yang penuh barakah.

    Diam diam kite dah mencecah ke bulan 10 tahun 2015. Zaman sekarang amat berbeza dengan dulu. Dulu budak- budak pi sekolah bawak singgit je pun dah cukup. Dulu saya bawak 30 sen je pi sekolah. Cukup. Mee sepinggan 20 sen je..tahun 1993.

    Tapi zaman sekarang budak pi sekolah mesti minima rm2. Kalau bawak bekal, dapat la jimat. Sekarang kalau pergi pasaraya, bawak RM50, dapat sikit je barang, berikutan harga barang dah naik.

    Justeru, selagi kita boleh berjimat, jimat la.
    Di sini saya nak terangkan mengenai satu simkad yang boleh beri penjimatan kepada semua iaitu onexox.

    Simkad rm10 ni banyak faedahnya.

    1) Harga simkad rm10. Ada rm5 dalam tu

    2) Boleh kekal no lama atau beli no baru

    3) Tempoh kredit expired 2 tahun 4 bulan.
         Takyah la asik nak topup je. Kalau dulu
         kredit ade tapi tempoh expired dah
         tamat, asikla nak topup je. Kan
         membazir tu.

    4) Boleh buat 10 nombor friend n family
        tak kesah telco lain. No opis ke, nombor
        019 ke, 016 ke. Sume boleh. Rate call ngan
        sms utk 10 no active ni lagi murah.

    Ok, boleh tengok link ni untuk ketahui lebih lanjut tentang penjimatan onexox.

    http://www.1xoxprepaid.com/FiqOmar















    Friday, 18 September 2015

    Resepi simple gravy meatball ala ikea



    Assalamualaikum dan selamat malam.

    Ni dia resepi simple gravy meatball. Leh try. Boleh mkn banyak kali sebab bile buat memang banyak.

    1) meatball bli kt family store/ mydin / tesco xkesah jenama ape. Ramly ke, marina ke.

    2) goreng meatball pki butter skit dan letak serbuk blackpaper skit.

    3) kentang bli.. Balik umah goreng

    Bahan- bahan untuk gravy meatball

    ~ sebiji bawang holland
    ~ sebiji buah tomato
    ~ 2 sudu butter
    ~ 100ml susu segar
    ~ 1 sudu tepung gandum
    ~ 1 cawan air
    ~ 3 sudu sos lada hitam
    ~ 3 sudu sos cili
    ~ 3 sudu kicap
    ~ 2 sudu sos tiram

    Cara-caranya.

    1) Masukkan butter dlm kuali. Panaskan
    2) Pastu masukkan bawang holland dan tomato yang dah diblender. Kacau sampai kuning2 skit.
    3) tepung gandum masuk dlm secawan air, kacau2 pastu masuk dlm kuali tu.
    4) pastu masukkan kicap, sos lada hitam, sos cili, sos tiram. Kacau
    5) masukkan susu cair. Kacau rata2, pastu tutup api. Rasa dulu. Kalau nak tambah sos lada hitam lagi boleh.
    6) ikut citarasa. Dah siap leh terus makan ngan meatball tu.

    Selamat mencube.
    Selamat makan. Nyum2


    Wednesday, 9 September 2015

    Apa itu MLM?


    Assalamualaikum dan selamat pagi.

    Entry saya pagi ini adalah mengenai MLM. Apa itu MLM. Pelbagai persepsi dan tanggapan orang tentang MLM.

    MLM adalah singkatan bagi maksud Multi Level Marketing. Ada beberapa kriteria MLM yang baik dan sihat.

    (/) Memiliki sistem yang adil

    Ramai yang berfikir, bisnes MLM adalah bisnes yang menguntungkan orang atasan sahaja. Bisnes MLM yang sehat, mempunyai sistem yang teratur dan adil.

    Dimana, bisnes MLM yang baik, akan menguntungkan semua pihak. Bagi yang baru memulakan sesuatu bisnes, akan rasa agak sukar untuk capai tahap yang lebih tinggi sebagaimana orang2 yang lebih awal menceburi bisnes.

    Kita ibarat mendaki bukit. Untuk sampai ke puncak, memerlukan usaha dan tenaga yang berlipat ganda.

    Tiada jalan pintas untuk mendapatkan kejayaan melainkan kita berusaha keras.

    Saya rasa sangat beruntung kerana memilih MLM yang tepat. Shaklee adalah bisnes MLM yang patuh syariah.

    Bila dikaji, alhamdulilah Shaklee bisnes yang sangat adil. Contohnya, bila daftar ahli baru, upline tak dapat apa-apa pun. MLM lain, bile daftar ahli baru,  ade Upline yang dapat imbuhan RM...RM..

    KRITERIA MLM PATUH SYARIAH

    1) Komisyen yang diberikan kepada ahlinya mestilah jelas.  Ya, ini berlaku kpd Shaklee. Tanpa usaha, mana mungkin kita dapat komisyen.

    2) Keuntungan dan komisyen bukan berdasarkan 'kepala' atau yang ditaja. Dalam shaklee, tiada apa komisyen atau bonus yang diberikan sekiranya ahli yang ditaja tiada membuat pembelian.

    MLM lain, bile banyak 'kepala' yang ditaja, lagi banyak keuntungan uplinenye.

    3) Tidak menggunakan sistem piramid.
    Iaitu siapa masuk dulu akan untung selamanya. Justeru, pemasaran mestilah memberi hak kepada semua.

    Dalam shaklee, siapa bekerja lebih, dia dapat.

    4) Menawarkan produk dan perkhidmatan dengan harga yang berpatutan.

    5) Mempersembahkan sistem komisyen dan bonus yang jelas dan telus dan boleh difahami dan dipantau oleh ahli dengan jelas. Ia bagi mengelakkan segala jenis penipuan.

    Dalam shaklee, buku manual pemasaran dan etika perniagaan dibekalkan bersama starter kit. Jika ada tawaran baru, surat dikeluarkan dan ada penerangan mengenai tawaran yang dikeluarkan.


    Itulah serba sedikit MLM yang patuh syariah.

    Jangan mudah percaya dengan MLM yang menjanjikan keuntungan berlipat ganda tanpa sebarang produk dan perkhidmatan yang tidak diketahui asal usulnya.

    Doa
    Usaha
    Ikhtiar
    Tawakkal

    #shaklee
    #kttshaklee
    #kelabbloggerjutawan











    Tuesday, 25 August 2015

    Kelebihan Collagen Shaklee

    Assalamualaikum dan gudmorning
    Salam sehati sejiwa
    Dan salam kemerdekaan.


    Pagi ni saya nak kongsi dengan pembaca semua tentang kelebihan collagen shaklee.

    Pada masa sekarang, kita lihat lambakan produk kesihatan dan kecantikan di luar sana. Sebagai pengguna yang bijak, haruslah tahu tentang fungsi produk itu dan adakah produk itu selamat dari bahan kimia.

    Apa yang shaklee berikan adalah selamat dari bahan kimia dan semulajadi tiada bahan tiruan dan mesra alam.

    Kelebihan Collagen Shaklee


    1) Anti penuaan
    - Collagen mengecilkan pori-pori dan menghilangkan kedutan di muka

    2)  Melembap
    - Collagen melembapkan kulit 

    3) Mencerah
    - Collagen mencerahkan kulit, mengurangi pigmentasi, mengurangi jeragat

    4) Menegang
    - Collagen membantu menegang dan menganjalkan payudara

    5) Menyubur
    - Collagen menguatkan akar rambut dan menyuburkan rambut agar lebih bersinar

    6) Meningkatkan pergerakan
    - Collagen menyokong pergerakan sendi dan tulang

    7) Menganjalkan kulit
    - Collagen menjadikan kulit muka agar lebih tegang dan anjal.


    Miza
    Pengedar sah shaklee
    0176232042

    Monday, 17 August 2015

    Set Nutriwhite Shaklee



    SET PENJAGAAN DIRI DAN KECANTIKAN

    NUTRIWHITE SHAKLEE

    1) Gentle Foaming Cleanser

    - Pencuci Muka
    - Rumpai laut menanggalkan kotoran,   mengelupaskan sel-sel mati dan menegangkan kulit
    - Alga Hijau melembapkan kulit dan membersih hingga ke dalam liang-liang untuk menghapuskan  toksin
    - Strawberi Begonia mencerahkan dan meratakan tona kulit
    - Lembut dan menyegarkan

    2) Soothing Radiance Whitening Softener

    - Bertindak sebagai toner
    - Melembapkan dan mengembalikan keseimbangan pH semulajadi kulit
    - Kulit rasa lebih segar dan lebih anjal dengan ekstrak Rosemary
    - Kudzu menegangkan dan mencerahkan kulit
    - Marshmallow membekalkan lembapan penting
    - Sungguh berkesan untuk menyihatkan dan menyerikan kulit

    3) Ultimate Protection Whitening Lotion

    - Rumusan ringan, tidak melekit dan kaya dengan pati botani seperti Mulberi untuk mencegah kerosakan kulit akibat pendedahan kepada sinaran matahari, serta Mountain Arnica untuk melegakan keradangan kulit dan mengukuhkan ketahanan kulit terhadap elemen negatif persekitaran.

    4) Daily Defence Whitening Essence

    Dirumus dengan kepekatan bahan-bahan asli agar kulit terasa lembut sehalus sutera dan tampil menawan :

    - Bearberi untuk mencerahkan dan menegangkan kulit
    - Strawberi Begonia untuk meratakan tona kulit
    - Kacang Soya untuk memudarkan dan mengurangkan jeragat dan cela kulit
    - Mulberi untuk mencegah kesan-kesan kerosakan akibat sinaran matahari
    - Vitamim C aktif untuk memperbaiki penampilan kulit dan mengembalikan seri wajah
    - Tekstur esen yang licin dan mudah diserap oleh kulit

    5) Spot Whitening Treatment

    - Mengurangkan kemunculan bintik-bintik hitam agar kulit tampak lebih menawan
    - Kepekatan optimum pati Likuoris dan Peony memberikan kuasa pencerahan botani yang sungguh mengagumkan
    - Cats Claw menegangkan kulit
    - Vitamin C aktif memperbaiki kulit, meratakan tona dan menghaluskan tekstur kulit


    NUR HAMIZA BT IBRAHIM
    SID : 1093351
    017 6232042


    Friday, 10 July 2015

    Ramadan Lagi 5 Hari

    Assalamualaikum dan selamat malam.

    Malam ni update lagi satu entry. Bila anak dah tido baru leh pegang henpon sebab kalau tak, berebut sume nak tengok henpon ibu ni. Nak tengok pou la, nak tengok game la. haha.

    Pejam celik pejam celik dah nak abis bulan Ramadhan. Tahun ni rasanye macam cepat je abis sebulan berpose. Mungkin agaknye puasa start 18hb.

    Lagi 5 hari kita berpuasa dan akan menyambut bulan Syawal. Sempat lagi untuk merebut kelebihan bulan Ramadhan dan menggandakan usaha. Semoga kita semua mendapat keberkatan di bulan yang mulia ini dan semoga segala hajat dan impian kita Allah kabulkan.

    Selamat berpuasa..


    Thursday, 9 July 2015

    Corat Coret, Kelebihan Shaklee

    Assalamualaikum dan selamat malam.

    Lame rasanya kak ton tak hupdate blog ni. Masa tu ada, tapi ade je benda lain nak wat. Ok malam ni blanje satu entry tentang kelebihan Shaklee.

    Sekarang ni banyak lambakan produk di pasaran. Bak kata pepatah ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Sebagai pengguna yang bijak haruslah memilih produk yang berkualiti dan bermutu tinggi dan mengetahui serba sedikit asal usul produk tu. Ada yang kita tengok kata kesan dalam masa 2 jam, 2 hari, tapi kesan jangka panjang kita tak tahu mungkin boleh memudaratkan akibat bahan2 dalam produk yang kita tidak ketahui.

    Senario masa kini, dengan kecanggihan teknologi dan kemodenan media elektronik, membolehkan pengguna lebih celik IT untuk mengkaji dan meng'search kelebihan sesuatu produk.
    Saya sangat suka dengan Shaklee apabila saya tahu kelebihannya dan bahan-bahan dalam vitaminnya yang semulajadi.

    Keistimewaan dan perbezaan Shaklee dari yang lain membuatkan saya konsisten dengan Shaklee.



    Shaklee semulajadi, selamat, sentiasa berfungsi dan sentiasa mesra alam

    1) Sentiasa Selamat
    ~ Saintis Shaklee menjalankan 350 ujian ke atas setiap ramuan botani baru untuk logam berat, racun serangga, atau beratus ratus bahan cemar berbahaya yang lain.

    ~ Dan saintis Shaklee menjalankan 80,000 ujian kualiti setiap tahun untuk menjamin ketulenan dan keselamatan bagi setiap produk.

    2) Sentiasa Berfungsi.

    ~ 7 pengembaraan dalam majalah Life 25 pengembaraan terhebat sepanjang Masa dijana oleh Shaklee.

    ~ Pilihan Pencapai Kelas Dunia
    1983 - Mt.Everest pendakian pertama Amerika ke Gunung Everst tanpa Oksigen tambahan

    ~ 1986 - Voyager - Penerbangan Pertama tanpa henti ke seluruh dunia

    ~ 1987 - Daedalus - Penerbangan manusia yang terpanjang berkuasa 72km di seberang laut

    ~ 1993 - Nasa - menyediakan Nasa dengan minuman rehidrasi khas untuk angkawan ulang alik

    ~ 2004 ++ Us Ski Team
    11 pingat emas  7 pingat perak, 4 gangsa

    3) Sentiasa mesra alam

    ~ Dr.Forrest C.Shaklee menubuhkan syarikat ini berdasarkan pada prinsip Hidup Berharmoni Dengan Alam Semulajadi.

    ~ Berikut adalah hasil pencapaian Shaklee:-

    √ 88 juta bilangan paun pelepasan gas rumah hijau dihapuskan dengan Get Clean Starter Kit

    √ 10.2 juta bilangan paun sisa pembungkusan dikeluarkan daripada tapak pelupusan dengan Get Clean Starter kit

    √ Shaklee menerima anugerah 'Family Circle's Green Chip " sebagai salah satu daripada 10 syarikat yang mesra alam sekitar.

    Perubahan Jenama Boleh Mengubah Hidup Anda.

    Setiap kelompok produk pemakanan perlu mempunyai bahan-bahan mentah yang dianalisis untuk kemujaraban dan kualiti. Produk-produk suplemen yang terbaik akan mempunyai sebayak 300 ujian kualiti ke atas setiap salah satu produk suplemen mereka.



    Saya sedia membantu demi kesejahteraan sejagat.

    Pengedar Sah Shaklee.
    Nur Hamiza
    0176232042


    Tuesday, 17 March 2015

    Kenapa Tubuh Kita Perlukan Asid Amino

    Kepentingan Asid Amino


    Apa itu Asid Amino?


    Asid amino adalah unit asas bagi protein.Protein adalah bahan asas bagi pembentukan badan kita. Asid amino boleh ditakrifkan sebagai suatu molekul organik yang terdiri daripada asid karboksilik amina dan kumpulan-kumpulan berfungsi asid amino terdiri daripada nitrogen, karbon, oksigen,sulfur dan hidrogen molekul.Terdapat lebih 20 jenis Asid Amino penting yang diperlukan dalam sintesis protein bagi memastikan tubuh manusia berfungsi dengan sempurna.
    Asid Amino terdiri dari dua jenis iaitu asid amino esential dan asid amino tidak esential . Asid amino tidak essential merupakan asid amino yang boleh dihasilkan oleh tubuh badan kita manakala asid amino essential tidak dapat dihasilkan tubuh dan perlu diperolehi dari sumber makanan. 9 jenis asid amino essential ialah histidine, isoleucine, leucine, lysine, methionine, phenylalanine, threonine, tryptophan and valine


    Kepentingan setiap asid amino essntial (asid amino perlu) adalah seperti berikut:

    Histidine

    Pembentukan dan replikasi sel
    Isoleucine
    Bersama gabungan leucine dan Vline, isoleucine membaiki dan membina otot selepas senaman. Ia juga membentuk hemoglobin dan membantu peredaran tahap gula dan tenaga dalam darah di samping terlibat dalam pembentukan rangkaian darah.
    Leucine
    Menggalakkan insulin dibebaskan dari pankreas, melindungi otot dan meningkatkan tahap penghasilan tenaga di samping meningkatkan pemulihan tisu dan membaiki struktur kulit.
    Lysine

    Membantu melindungi dari infeksi penyakit Herpes
    Methionine
    Membantu fungsi metabolisma, mengurai lemak dan ianya merupakan unsur asas sulfur di dalam tubuh. Ianya amat perlu dalam menyingkirkan logam berat seperti lead dan merkuri.
    Phenylalanine
    Tubuh menukarkan phenylalanine kepada tyrosine, sejenis asid amino yang diperlukan untuk membentuk protein, kimia otak termasik L-dopa, epinephrine, dan norepinephrine, dan hormon thyroid.
    Threonine
    Membantu pembetukan kolagen dan elastin dalam kulit. Sebab tulah pengamal ESP ni kulitnya cantik dan gebu.
    Tryptophan
    Hasil dari Niacin, berfungsi menghasilkan serotonin yang pentig untuk fungsi saraf dan otak. Serotonin pentin untuk tidur, menstabilkan emosi, kawalan rasa sakit inflamasi dan lain2.

    Valine

    Mempunya kesan stimulasi dan diperlukan untuk metabolisma otot, membaiki dan pertumbuhan tisu dan memelihara keseimbangan nitrogen dalam tubuh.

    Kesan kekurangan Asid Amino Essential ke atas Tubuh

    Masalah Perkembangan dan Tumbesaran
    Lysine merupakan asid amino yang memainkan peranan penting dalam memastikan perkembahgan dan tumbesaran yang normal. Ia memastikan tubuh menyerap kalsium yang yang diperlukan untuk kesihatan tulang. Ia juga diperlukan dalam menghasilkan kolagen yang perlu dalam membina rangkaian tisu seperti tendon, tulang rawan dan kulit. Lysine juga secara tidak langsung membantu menukarkan lemak kepada tenaga nak merendahkan paras kolestrol. Individu yang tidak mendapat Lysine yang cukup dalam diet mereka boleh mengalami masalah pertumbuhan yang lambat, anemia, masalah kesuburan, pitam, pening dan hilang selera makan.

    Pertambahan Risiko Diserang Penyakit
    Kita terdedah kepada risiko radikal bebas yang membahayakan setiap hari. Unsur ini wujud secara semulajadi dalam tubuh, selain berpunca dari pencemaran alam sekitar, asap rokok, radiasi dan sinaran ultraungu. Ia dikaitkan dengan beberapa penyakit termasuk kanser dan penyakit jantung. Dalam hal ini, asid amino memainkan peranan penting bukan sahaja dalam memastikan proses dalaman berfungsi secara optimum tetapi juga melindunginya dari penyakit. Tubuh menukarkan cysteine kepada glutathione, yang merupakan antioksida berkuasa yang membantu meneutralkan dan menghalang kerosakan selular yang disebabkan radikal bebas.

    Kekurangan Tenaga dan Daya Tumpuan
    Paras asid amino dalam tubuh kita memainkan peranan penting dalam kebolehan kita untuk fokus dari segi mental dan fizikal. Menurut Universiti Middle Tennessee, makanan tinggi protein yang mengandungi tyrosine yang tinggi seperti ikan, ayam, telur, produk tenusu taufu dan daging amat membantu meningkatkan tenaga dan daya tumpuan. Tyrosine meningkatkan penghasilan "neurotransmitter" di dalam tubuh seperti  dopamine dan epinephrine, yang diketahui membaiki kebolehan mental untuk lebih fokus. Tanpa kuantiti tyrosine yang cukup, kita mungkin rasa mengantuk dan kurang daya tumpuan.


    Meningkatkan Keresahan dan Stress

    Tryptophan ditukarkan kepada serotonin apabila ia memasuki otak. Ianya merupakan "neurotransmitter" yang berfungsi mengurangkan rasa sakit, mengurangkan selera makan dan meningkatkan taham ketenangan. Indivdu yang selalu tidak mendapat cukuptryptophan boleh mengalami kesan negatif seperti keresahan dan stress. 

    Dengan sebab itulah, asid amino amat diperlukan dalam kehidupan kita seharian. Memandangkan asid amino essential hanya boleh diperolehi melalui makanan, cara mudah ialah dengan megamalkan supplemen semulajadi yang terbukti berkesan dan selamat, bukannya supplemen sintetik yang belum tentu kesan dan faedahnya ke atas manusia. Kenapa ESP menjadi pilihan terbaik?

    Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik.  ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi  dengan semua  asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting.  Berbanding  protein daripada sumber daging, telur dan tenusu,  ESPadalah rendah lemak dan bebas laktosa dan kolesterol.



    SHAKLEE ESP
    • Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.
    • Protein soya membantu mengurangkan kolesterol.
    • Mengandungi lima  vitamin B penting, separuh daripada keperluan kalsium harian, dan soya isoflavones.  Kajian menunjukkan yang soya membantu dalam mengawal kestabilan hormon semasa tempoh putus haid.
    • Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan di bawah satu program yang digelar Identity Preservation Program (IPP), di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.





    Sempena promosi Esp bulan Mac ini, jangan lepaskan peluang.

    Miza
    0176232042

    Friday, 13 March 2015

    CARA ATASI RAMBUT BERMASALAH

    CARA ATASI RAMBUT BERMASALAH



    Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


    Apabila seseorang mengalami masalah rambut gugur, rambut bercabang, rambut rapuh, rambut mudah rosak, akan menimbulkan 1000 tekanan kepada dirinya. Berikut adalah beberapa punca rambut bermasalah:


    1) Kekurangan vitamin yang diperlukan oleh rambut seperti zinc dan multivitamin
    2) Perubahan hormon yang tidak seimbang terutama selepas bersalin
    3) Kurang rehat atau pun tekanan/ stress
    4) Penggunaan syampoo yang banyak bahan kimia

    Terdapat 3 vitamin utama untuk rambut sihat iaitu:-

    1) B-COMPLEX

    Biotin dalam b-complex adalah sumber yang paling penting bagi pertumbuhan semula rambut.

    Bagaimana b-complex membantu masalah keguguran rambut?  Pengambilan b-complex memastikan pengumpulan kolestrol pada kulit kepala dapat dikawal, memperbaiki aliran darah ke kulit kepala, menggalakkan pertumbuhan rambut, melindungi rambut dan kulit kepala daripada radikel-radikel bebas yang merosakkan, melebatkan rambut dan menyihatkan rambut supaya bersinar dan tidak rapuh.



    2) ZINC COMPLEX

    Pengambilan makanan yang kurang zinc boleh membawa kepada kelemahan system imun yang boleh menyebabkan keguguran rambut.

    Zinc boleh menguatkan folikel rambut dan membantu mencegah keguguran rambut. Zinc membantu untuk mempercepatkan pembinaan tisu dan pembaikan semula tisu yang rosak. Zinc juga penting untuk maintain pengeluaran minyak di kelenjar yang melekat pada folikel rambut, jadi rambut lebih kuat.


    3) ESP (ENERGIZING SOY PROTEIN)

    ESP adalah sumber protein yang lengkap. Tahukan anda bahawa di dalam setong ESP 50gram protein.

    Kekurangan protein dalam badan adalah antara punca rambut tidak sihat, gugur, rapuh kerana rambut terhasil dari protein. Protein yang lengkap dapat memberi zat yang cukup kepada rambut.


    4) PRO SANTE HAIR SHAMPOO

    Shampoo ini bertindak untuk melicinkan kulit rambut dan melebatkan rambut. Ia juga berperanan untuk membersih, menyegarkan dan menyeimbangkan kulit kepala dan rambut.






    Sayangi Rambut Anda
    Dapatkan vitamin rambut dari saya

    Nur Hamiza
    Pengedar Sah Shaklee
    0176232042


    
    

    Tuesday, 10 March 2015

    Masak -memasak-Resepi Lasagna Roti

    Resepi Simple Lasagna Roti


    Roti...
    Selain dari makan letak jem strawbery, leh gak dibuat lasagna. Roti ni bila dibakar, lagi lembut teksturnya. Hehe.

    Saya dah cuba dah buat. Senang dan sedap. ( perasan sendiri)

    Bahan-bahan.

    1) Roti gardenia
    2) Daging kisar
    3) Sos prego/ sos kimball
    4) 1 biji bawang holland
    5) Dua biji bawang putih
    6) 1 biji tomato
    7) Slice cheese/ mozarella cheese
    8) Sos cili

    Cara- caranya..

    1) Potong dadu bawang holland dan bawang putih 
    2) Tumiskan dan masuk daging kisar
    3) Daging dah masak skit, masukkan sos prego, sos cili. .Letak garam secubit. Kacau serata
    4) Masukkan tomato yg dipotong dadu dan cendawan butang.
    5) Kalau nak masukkan sosej pun leh.
    6) Kacau sebati, tutup api.

    7) Sapu bekas dengan margerin skit
    8) Ambik roti, celup dalam telur dan letakkan dilapisan bawah sekali. 
    Sampai tutup sume ruang
    9) Kemudian letakkan cheese slice
    10) Letakkan daging yang dah masak tadi
    11) Ambil roti celup telur dan letakkan dibahagian atas pula.
    12) Tabur cheese mozarella
    13) topping tu tak kesah nak letak sosej ke.
    14) Masukkan dalam oven
    15) Bakar 15-20 minit.

    Siap.

    AWAS!! TANDA KEKURANGAN KALSIUM

    Kepentingan Kalsium dan Tanda Kekurangan Kalsium.              
    Apabila bercakap tentang kalsium, mesti ramai yang terbayangkan susu...
    Dan apabila berbicara tentang kalsium, ramai yang terbayangkan tulang..Gusi...
    Pada hakikatnya, kalsium bukan sahaja berkaitan dengan tulang dan gusi. Kalsium juga berperanan penting dalam menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka gigi, urat saraf dan merangsang darah untuk memekat.

    Kalsium adalah mineral alkalin, dan ianya berkesan memastikan imbangan pH tubuh. Ianya juga menghalang obesity diwaktu umur tua. Tambahan pula kalsium membantu sel menyerap nutrient dan merangsang detoksifikasi.
     
     
    sakit pinggang

    TAHUKAH ANDA??

    Pada umur 20 tahunkalsium pada tubuh manusia akan mengurang sebanyak 1% dalam setahun, pada umur 50 tahun jumlah kalsium akan menyusut lagi sebanyak 30% dan kehilangan kalsium boleh mencapai 50% pada umur 70 tahun. Berikut adalah tanda-tanda tubuh anda kurang kalsium.
     
    1) Tanda-tanda kekurangan kalsium secara umum: 
    • Kekejangan atau “kram” otot
    • sukar/susah nak tidur
    • Perasaan berdebar-debar
    • Eczema (penyakit kulit)
    • Rapuh kuku
    • Sakit Sendi
    • Tekanan darah tinggi
    • Gigi reput
    • Paras Kolestrol tinggi
    • Kebas-kebas kaki dan tangan
    • Rheumatiod arthritis
    • Rickets
     
    2) Pada otot dan saraf:
    • Kebas dan rasa yang mencucuk keliling mulut, jari-jari tangan dan kaki.
    • Kejang otot
    • Wheezing(pernafasan berdehit)
    • Susah menelan
    • Suara berubah akibat laryngospasm
    3) Pada saraf sahaja :
    • Mudah marah, terjejas keupayaan intelektual, kemurungan, dan perubahan personaliti
    • Letih
    • Sawan
    • Lain-lain pergerakan yang tidak terkawal
    4) Pada jantung:
    • Sesak nafas
    • Tanda-tanda lemah jantung dan cepat penat
    5) Pada kulit, rambut dan kuku:
    • Rambut kasar
    • kuku rapuh
    • Psoriasis (sakit kulit)
    • Kulit kering

     

     tahukah anda
     
    • Ostematrix (lengkap dengan Kalsium, Magnesium & Vitamin D) 
    Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang.
     
    Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah. Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium. Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain.
     
    Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya. Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing.


    Bagaimana memilih kalsium premium?

    * Pilih produk yang ada vitamin D dan Magnesium
    * Elakkan produk yang dibuat dari tulang dan dolomite untuk mengelak keracunan plumbum
    * Elakkan mineral chelated kerana proses tersebut boleh menyebabkan tubuh menyerap logam berat  tercemar dan toksin dalam proses menyerap mineral
     

    Saya sedia membantu
     
    Nur Hamiza
    Pengedar Sah Shaklee
    0176232042

    Monday, 16 February 2015

    Punca, Gejala, Komplikasi dan Cara Menurunkan Darah Tinggi

    Punca, Gejala, Komplikasi dan Cara Pencegahan Darah Tinggi


    Pengenalan
    Jantung anda bertugas sebagai alat mengepam dimana ia menguncup dan berehat. Aktiviti ini
    menghasilkan tekanan yang membawa darah keseluruh badan. Tekanan darah ini berbeza
    bagi setiap seseorang individu dan bacaannya juga berbeza.

    Apakah itu Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi?

    Jantung anda bertugas sebagai alat mengepam dimana ia menguncup dan berehat. Aktiviti ini
    menghasilkan tekanan yang membawa darah keseluruh badan. Tekanan darah ini berbeza
    bagi setiap seseorang individu dan bacaannya juga berbeza.

    Bacaan Tekanan Darah


    Kategori
    Sistolik
    Diastolik
    Normal
    bawah 120
    dan
    bawah 80
    Pre-hypertensi
    120 - 139
    atau
    80 - 89
    Hypertensi
    140 dan keatas
    atau
    90 dan keatas
    Hypertensi sistolik
    160 dan keatas
    dan
    bawah 90




    Mengapa penting mengukur tekanan darah secara berkala?

    Adalah mustahak untuk anda mengukur tekanan darah secara berkala bagi menentukan
    samada tekanan darah anda tinggi atau tidak. 90% pengidap Hypertensi/Tekanan Darah
    Tinggi tidak menunjukkan sebarang gejala manakala 10% lagi ada menunjukkan gejala.

    Pengidap Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi berisiko tinggi untuk mendapat penyakit jantung.Tekanan darah yang terkawal dapat mengurangkan kedatangan pesakit ke Klinik pesakit luar, kemasukkan ke hospital dan kematian akibat strok (angin ahmar) dan penyakit jantung.

    Apakah kesan hypertensi/tekanan darah tinggi?

    Diantara kesan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi adalah:

    • Rasa tidak sihat yang menjejaskan fizikal dan mental serta memberi kesan kepada
    keluarga anda dan kerja anda.
    • Sukar memiliki polisi insuran baru dan anda akan dikenakan premium yang tinggi

    Apakah penyebab Hypertensi/Tekanan Darah tinggi?

    90% penyebab sebenar Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi adalah tidak diketahui manakala
    10% lagi adalah akibat penyebab sekunder iaitu akibat penyakit tertentu.

    • Sebab yang tidak diketahui (90%)

    • Sebab sekunder (10%)
    1. Penyakit buah pinggang
    2. Penyakit sistem endokrin
    3. Penyakit pembuluh darah

    Adakah Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi diwarisi dari ahli keluarga?

    Jika kedua ibu bapa anda mengidap Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi, 50% kemungkinan
    anak-anak akan mewarisi penyakit Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi tersebut. Jika salah
    seorang dari mereka mengidap darah tinggi, maka anak-anak mungkin mendapatnya.

    Faktor Risiko Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi

    Faktor risiko yang menyebabkan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi adalah:

    • Cara hidup tidak aktif
    • Umur melebihi 35 tahun
    • Merokok
    • Kegemukan
    • Paras kolesterol tinggi
    • Sejarah keluarga
    • Pengambilan alkohol yang berlebihan
    • Pengambilan garam yang tinggi

    Tanda dan Gejala

    • Pengidap Hypertensi/Darah Tinggi kebanyakkannya tidak mengalami sebarang gejala
    • Kadang-kadang seseorang itu hanya mengalami gejala yang tidak spesifik seperti
    sakit kepala atau pening kepala
    • Sakit kepala boleh berlaku dalam kes Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi. Selalunya
    ianya berlaku di waktu pagi, bahagian belakang kepala dan rasa berdenyut
    (bergantung kepada tahap keterukan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi)
    • Untuk memastikan atau mengesahkan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi, sila periksa
    tekanan darah anda di klinik berhampiran. Doktor anda akan menasihatkan berapa
    kerap anda perlu memeriksa tekanan darah.

    Peringatan, jangan tunggu sehingga gejala timbul kerana ia mungkin telah terlambat.

    Apakah komplikasi(kesan buruk akibat penyakit) Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi?

    Tekanan darah yang tinggi akan mengakibatkan bebanan kepada organ-organ dalam badan
    dan boleh menyebabkan kerosakan. Diantara komplikasi/kesan akibat penyakit
    Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi adalah seperti:

    • Otak
    - Serangan Stroke/Angin Ahmar atau Stroke ringan dan sementara (Transient Ischaemic Attack)

    • Penyakit jantung seperti :
    - Coronary Heart Disease
    - Congestive Heart Failure
    - Left Ventricular Hypertrophy

    • Komplikasi pada mata
    - Perdarahan dan kerosakan kepada kawasan yang sensitif dalam mata
    - Keadaan yang dikenali sebagai Hypertensive Retinopathy

    • Komplikasi pada buah pinggang
    - Kegagalan fungsi buah pinggang (paras serum kreatinin Microalbuminuria, Proteinuria).

    • Peripheral vascular disease seperti
    - Aneurysm
    - Kehilangan satu atau lebih denyut nadi

    Apa yang perlu anda lakukan jika disahkah mengidap penyakit Hypertensive/Darah Tinggi?

    Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi anda boleh dirawat

    • tanpa menggunakan ubatan
    - Perlu mengubah amalan cara hidup andae
    - Amalkan permakanan sihat
    - Kurangkan pengambilan garam dan kolesterol
    - Melakukan senaman berkala
    - Kurangkan berat badan jika berlebihan
    - Atasi tekanan secara berkesan
    - Berhenti merokok

    Kategori tekanan darah normal/optima

    • Galakkan amalan Gaya Hidup Sihat .
    • Dapatkan nasihat untuk berhenti merokok, pemakanan sihat dan aktiviti fizikal yang
    bersesuaian.

    Pra Hypertensi

    • Amalkan gaya hidup sihat
    • Dapatkan nasihat untuk berhenti merokok, pemakanan dan aktiviti fizikal yang
    bersesuaian.
    • Periksa semula tekanan darah anda dalam masa setahun

    Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 1

    • Rawatan tanpa ubatan adalah rawatan utama
    • Anda perlu mengubahsuai gaya hidup
    • Amalkan pemakanan sihat
    - Kurangkan pengambilan garam dan kolesterol dalam makanan

    • Lakukan aktiviti fizikal yang teratur
    • Kurangkan berat badan jika berlebihan
    • Atasi tekanan secara berkesan
    • Berhenti merokok
    • Periksa semula tekanan darah anda mengesahkan tiada Hypertensi/Tekanan Darah
    Tinggi
    • Jika anda disahkan mengidap Hypertensive/Darah Tinggi, sila ikut nasihat yang
    diarahkan
    • Dapatkan keterangan lanjut berkaitan Hypertesion/Tekanan darah tinggi

    Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 2

    Gabungan rawatan tanpa ubatan beserta pemberian ubatan diperlukan bagi merawat
    Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 2

    • Amalkan gaya hidup sihat
    • Berhenti merokok
    • Mematuhi pengambilan ubat dan rawatan susulan
    • Prevent and treat complications early
    • Pengesanan komplikasi terutamanya :
    - Jantung
    - Ginjal
    - Mata


    Di dalam Shaklee, ade juga suplemen yang dicadangkan untuk mengawal darah tinggi.
    Set untuk darah tinggi dalam Shaklee ialah garlic dan omega guard





     
     
     
     
    Selain itu, lecithin juga membantu untuk pemecahan lemak dan kolestrol.
     
     



    Untuk keterangan lanjut,
    Boleh wasap saya

    Nur Hamiza Bt Ibrahim
    Pengedar Sah Shaklee
    0176232042
    fb : hamieza ibrahim