Assalamualaikum dan Selamat Malam
Pada 8hb Nov hingga 10Nov lepas saya dan keluarga berpeluang untuk pergi ke Sabah. Tiket ke Kota Kinabalu ni sebenarnya dah lama book semenjak Jun 2013. Mase tu ngah preknankan Qaireen. Alhamdulillah xde aral melintang dapat pi Sabah. Pertamanya saya ingin mengucapkan banyak-banyak terima kasih kepada kakakku Nurul Aida kerana beliaula yang merancang A to Z dari book flight, menyediakan tentative program, tempat penginapan, tempat untuk berjalan, tempat makan dan banyak lagi. A.k.a tourist guide la sebab beliau pernah pi Sabah. Di sini saya nak kongsikan bersama pengalaman dan tempat-tempat yang menarik apabila di Sabah.
8hb November
Flight pukul 2.30ptg, sampai K.K pukul 5.30 petang.
Kat sana pukul 5.30 dan gelap sebab beza waktu ngan semenanjung sejam.
Sampai terus check in hotel. Kami menginap di Sri Borneo Hotel. Hotel ini sangat strategic kerana dekat dengan Pasar Philipine, dekat dengan Gaya Street, dekat dengan jeti. Sume jalan kaki je.
Malam tu kami pergi makan malam di Pasar Philipine. Pasar Philipine ni belakang hotel je. jalan kaki 5 minit. Kat situ banyak makanan sea food. Kat Pasar Philipine juga tiap-tiap malam ade pasar malam. Macam-macam yang dijual termasuk cenderahati, baju, gelang mutiara, brooch mutiara, dan macam-macam lagi.
9hb November
Gaya Street.
Pasar Gaya Street ni dibuka hanya pada hari Ahad sahaja. Pasarnye lebih besar dari pasar malam Philiphine. Di Gaya Street ni ade bermacam-macam barang jualan. Makanan, minuman, keychin, dll.
10.00 pagi hingga 3.00 petang bertolak ke Pulau Manukan.
Perjalanan ke Pulau Manukan mengambil masa 15 minit. Pulau Manukan airnye jernih, cantik.
9hb Nov (Ahad)
7.00 pagi bertolak ke Rumah Terbalik, Kinabalu Park, Kg.Luanti, Kundasang
Selepas pergi rumah terbalik, kami bertolak ke kundasang menaiki van. Perjalanan ke Kundasang mengambil masa 2 jam 30 minit. Jalan ke Kundasang berbukit bukau. Dan tepinya tebing tinggi. Macam jalan di Bukit Putus(Negeri Sembilan)
Buah Tampoi seikat Rm2, beli 3 ikat RM5. manis
Kg.Luanti, ikan gigit kaki
Jambatan Gantung di Kg.Luanti, Kundasang
Kinabalu Park - Kaki Gunung Kinabalu
Kemudian kami ke Desa Dairy Farm, tengok lembu di kawasan sejuk
Susu segar dari ladang
Kemudian kami bertolak pulang.
Check in kat airport pukul 7.30 mlm, flight pukul 9.00 mlm
Sekian, terima kasih
No comments:
Post a Comment