Tuesday, 18 November 2014

RAHSIA TANDATANGAN

 

Belek-belek buku nota masa hadiri kursus dulu, ada ditulis tentang rahsia tandatangan. Masa tu setiap peserta kena sign besar-besar kat satu kertas, kemudian penceramah bacakan setiap satu apa maksud tandatangan. Heheh.

Berikut adalah antara makna tandatangan. Cer tengok tandatangan kita sendiri cane. Hehe.

1) Satu garisan di bawah tandatangan

- Seorang yang sangat yakin
- Ada personaliti yang hebat
- Agak mementingkan diri sendiri
- Percaya bahawa kebahagiaan dalam dalam hidup sangat perlu

2) Tandatangan ikut ejaan nama dengan huruf yang jelas
- Seorang yang sangat baik
- Boleh menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan atau dengan siapa saja anda berurusan

3) Tandatangan huruf satu-satu, tidak bersambung

- Seorang yang sangat prihatin
- Tidak pentingkan diri sendiri
- Sanggup berkorban apa saja untuk orang lain
- Seorang pemikir
- Seorang yang mudah serik

4) Tandatangan berasaskan ejaan nama tapi sukar nampak

- Seorang yang cerdik tapi kurang hendak berfikir
- Seorang yang cepat menukar pandangan dan idea

5) Tandatangan yang tiada kaitan dengan nama

- Seorang yang sentiasa berusaha supaya smart
- Suka berselindung
- Jarang mengambil pandangan orang lain sebagai panduan hidup

6) Tiada garisan / titik di bawah tandatangan
- Seronok dengan kehidupan
- Ikut gaya dan cara sendiri
- Kurang memberikan perhatian pada pandangan orang lain

7) Satu titik di bawah tandatangan

- Seorang yang kelihatan mudah dan tenang
- Cepat hilang kepercayaan pada orang yang anda percayai apabila dikhianati

8) Dua titik di bawah tandatangan

- Seorang yang romantic
- Sentiasa berusaha untuk kelihatan cantik
- Mudah menarik perhatian orang

Sekian, terima kasih (",)

Saturday, 15 November 2014

Tempat-tempat Menarik di Sabah




Assalamualaikum dan Selamat Malam

Pada 8hb Nov hingga 10Nov  lepas saya dan keluarga berpeluang untuk pergi ke Sabah. Tiket ke Kota Kinabalu ni sebenarnya dah lama book semenjak Jun 2013. Mase tu ngah preknankan Qaireen. Alhamdulillah xde aral melintang dapat pi Sabah. Pertamanya saya ingin mengucapkan banyak-banyak terima kasih kepada kakakku Nurul Aida kerana beliaula yang merancang A to Z dari book flight, menyediakan tentative program, tempat penginapan, tempat untuk berjalan, tempat makan dan banyak lagi. A.k.a tourist guide la sebab beliau pernah pi Sabah. Di sini saya nak kongsikan bersama pengalaman dan tempat-tempat yang menarik apabila di Sabah.

8hb November
Flight pukul 2.30ptg, sampai K.K pukul 5.30 petang.
Kat sana pukul 5.30 dan gelap sebab beza waktu ngan semenanjung sejam.
Sampai terus check in hotel. Kami menginap di Sri Borneo Hotel. Hotel ini sangat strategic kerana dekat dengan Pasar Philipine, dekat dengan Gaya Street, dekat dengan jeti. Sume jalan kaki je.

Malam tu kami pergi makan malam di Pasar Philipine. Pasar Philipine ni belakang hotel je. jalan kaki 5 minit. Kat situ banyak makanan sea food. Kat Pasar Philipine juga tiap-tiap malam ade pasar malam. Macam-macam yang dijual termasuk cenderahati, baju, gelang mutiara, brooch mutiara, dan macam-macam lagi.

9hb November
Gaya Street.
Pasar Gaya Street ni dibuka hanya pada hari Ahad sahaja. Pasarnye lebih besar dari pasar malam Philiphine. Di Gaya Street ni ade bermacam-macam barang jualan. Makanan, minuman, keychin, dll.



 
 

10.00 pagi hingga 3.00 petang bertolak ke Pulau Manukan.
Perjalanan ke Pulau Manukan mengambil masa 15 minit. Pulau Manukan airnye jernih, cantik.



 
 
 
9hb Nov (Ahad)
7.00 pagi bertolak ke Rumah Terbalik, Kinabalu Park, Kg.Luanti, Kundasang
 

 
 
 
Selepas pergi rumah terbalik, kami bertolak ke kundasang menaiki van. Perjalanan ke Kundasang mengambil masa 2 jam 30 minit. Jalan ke Kundasang berbukit bukau. Dan tepinya tebing tinggi.  Macam jalan di Bukit Putus(Negeri Sembilan)
 
 
 
 
 
Buah Tampoi seikat Rm2, beli 3 ikat RM5. manis
 
Kg.Luanti, ikan gigit kaki
 
Jambatan Gantung di Kg.Luanti, Kundasang
 
Kinabalu Park - Kaki Gunung Kinabalu
 
Kemudian kami ke Desa Dairy Farm, tengok lembu di kawasan sejuk
 
 
 
Susu segar dari ladang
 
Kemudian kami bertolak pulang.
Check in kat airport pukul 7.30 mlm, flight pukul 9.00 mlm
 

 

 
Sekian, terima kasih