Assalamualaikum dan selamat pagi.
Entry saya pagi ini adalah mengenai MLM. Apa itu MLM. Pelbagai persepsi dan tanggapan orang tentang MLM.
MLM adalah singkatan bagi maksud Multi Level Marketing. Ada beberapa kriteria MLM yang baik dan sihat.
(/) Memiliki sistem yang adil
Ramai yang berfikir, bisnes MLM adalah bisnes yang menguntungkan orang atasan sahaja. Bisnes MLM yang sehat, mempunyai sistem yang teratur dan adil.
Dimana, bisnes MLM yang baik, akan menguntungkan semua pihak. Bagi yang baru memulakan sesuatu bisnes, akan rasa agak sukar untuk capai tahap yang lebih tinggi sebagaimana orang2 yang lebih awal menceburi bisnes.
Kita ibarat mendaki bukit. Untuk sampai ke puncak, memerlukan usaha dan tenaga yang berlipat ganda.
Tiada jalan pintas untuk mendapatkan kejayaan melainkan kita berusaha keras.
Saya rasa sangat beruntung kerana memilih MLM yang tepat. Shaklee adalah bisnes MLM yang patuh syariah.
Bila dikaji, alhamdulilah Shaklee bisnes yang sangat adil. Contohnya, bila daftar ahli baru, upline tak dapat apa-apa pun. MLM lain, bile daftar ahli baru, ade Upline yang dapat imbuhan RM...RM..
KRITERIA MLM PATUH SYARIAH
1) Komisyen yang diberikan kepada ahlinya mestilah jelas. Ya, ini berlaku kpd Shaklee. Tanpa usaha, mana mungkin kita dapat komisyen.
2) Keuntungan dan komisyen bukan berdasarkan 'kepala' atau yang ditaja. Dalam shaklee, tiada apa komisyen atau bonus yang diberikan sekiranya ahli yang ditaja tiada membuat pembelian.
MLM lain, bile banyak 'kepala' yang ditaja, lagi banyak keuntungan uplinenye.
3) Tidak menggunakan sistem piramid.
Iaitu siapa masuk dulu akan untung selamanya. Justeru, pemasaran mestilah memberi hak kepada semua.
Dalam shaklee, siapa bekerja lebih, dia dapat.
4) Menawarkan produk dan perkhidmatan dengan harga yang berpatutan.
5) Mempersembahkan sistem komisyen dan bonus yang jelas dan telus dan boleh difahami dan dipantau oleh ahli dengan jelas. Ia bagi mengelakkan segala jenis penipuan.
Dalam shaklee, buku manual pemasaran dan etika perniagaan dibekalkan bersama starter kit. Jika ada tawaran baru, surat dikeluarkan dan ada penerangan mengenai tawaran yang dikeluarkan.
Itulah serba sedikit MLM yang patuh syariah.
Jangan mudah percaya dengan MLM yang menjanjikan keuntungan berlipat ganda tanpa sebarang produk dan perkhidmatan yang tidak diketahui asal usulnya.
Doa
Usaha
Ikhtiar
Tawakkal
#shaklee
#kttshaklee
#kelabbloggerjutawan