Wednesday, 29 October 2014

SIMPTOM-SIMPTOM TOKSIN BERLEBIHAN



Assalamualaikum.


Entri saya pada tengahri ini ialah tentang toksin.

Apa itu toksin?

Toksin adalah bahan kimia atau racun berbahaya yang boleh merosakkan struktur dan fungsi sel badan. Ia adalah hampir mustahil untuk anda mengelakkan daripada toksin kerana ia berada di mana-mana sahaja. Samada dalam udara yang kita sedut, makanan dan minuman. Anda juga terdedah kepada toksin dalaman, sisa metabolic yang dihasilkan dalam badan disebabkan tekanan hidup dan cara pemakanan yang tidak seimbang.

Punca-punca toksin
  • Udara kotor
  • Pemakanan tidak seimbang
  • Radiasi
  • Pengambilan minuman keras
  • Apabila sisa makanan yang tidak dicerna sepenuhnya
  • Merokok
  • Pemakanan ubat-ubatan yang mengandungi bahan kimia
Simptom-simptom toksin berlebihan
  1. Sering keletihan, kurang bertenaga, sakit kepala
  2. Insomnia (masalah tidur), mata gelap, mata merah
  3. Daya ingatan dan tumpuan yang lemah
  4. Alahan, masalah sinus, sistem imun yang lemah
  5. Masalah sistem percernaan, sembelit, kembung perut
  6. Masalah sendi, lenguh-lenguh badan
  7. Masala kulit, jerawat, eczema
  8. Selulit, kenaikan berat badan
  9. Kajian sains telah menghubungkaitkan toksin alam sekitar dengan pelbagai masalah kesihatan seperti kanser, masalah reproduksi, penyakit jantung, asma dan Alzheimer.
Tanda-tanda lain
  1. Seseorang yang mempunyai toksin berlebihan dalam badan akan berasa letih tanpa sebab, susah bangun tidur, dan bahagian keliling mata gelap
  2. Banyak angin, alahan, inflamasi pada sendi, sinus, berat badan meningkat, rasa makan yang membuak-buak, kehadiran selulit, masalah jerawat dan banyak lagi.
SUDAHKAH ANDA BACA? ADAKAH ANDA MEMPUNYAI TOKSIN BERLEBIHAN???
 
Cara Detox Yang Mudah & Selamat Dengan Shaklee
 
 
Alfalfa Complex (Detox seluruh tubuh): 
 
Herba yang kaya dengan pelabagai nutrisi dan digelar 'Raja Segla Tumbuhan'. Membantu proses detox hati, darah dan usus. Beralkali tinggi dan membantu meneutralkan keasidan badan, membantu menyingkirkan lemak dan kolesterol, membantu merawat masalah penghadaman dan banyak lagi.
 
Herblax (Detox usus) : 
 
Gabungan 9 herba semualajadi - daun alfalfa, daun jati cina (senna), biji adas manis cina (anise seed), bunga mallow biru (Blue malva),  kulit kayu buckthorn, akar likoris, biiji jintan manis (fennel), akar rhubarb & akar Culver's. Membantu membersihkan usus dari najis lama yang tertinggal, membantu pergerakan semulajadi usus & melegakan sembelit.
 
 
Dtx Complex (Detox hati) :
 
Campuran 6 herba yang terkenal dalam kesihatan hati iaitu biji benih milk thistle, kunyit, artichoke, cendawan Reishi, dandelion dan biji benih schizandra chinensis. Membantu mengekalkan aliran hempedu, membina semula sel-sel hati, meningkatkan penghasilan enzim untuk proses detox hati, melindungi hati dati toksin dan merawat masalah hati.

7 KRITERIA PENTING DALAM PEMILIHAN SOY PROTEIN


 

 
7 KRITERIA PENTING DALAM PEMILIHAN SOY PROTEIN
Ini ialah 7 KRITERIA PENTING dalam memilih Soy Protein yang baik dan berkualiti:-

1) KACANG SOYA ITU MESTI TUMBUH SECARA ORGANIK

Kajian menunjukkan penanaman secara kimia (bukan organic) akan menyebabkan nutrisi makanan berkurangan.

Jadi sangat penting pesticides, fungicides, herbicides tidak digunakan sepanjang pertumbuhan kacang soya ni.

2) KACANG SOYA ITU MESTILAH NON-GMO (Non-Genetically Modified Organism)

Produk soya (GMO) ialah produk yang telah diubahsuai genetiknya sehingga serangga pun tak lalu nak makan.

Jadi production pun bertambah besar dan pengeluar dapat untung berlipat kali ganda. Sebab itu mereka boleh jual dengan harga yang sangat murah.

Pengubahsuaian inilah yang boleh menyebabkan allergy, toxin dan potensi kanser.

Secara umumnya, Kacang soya GMO adalah lebih murah untuk dihasilkan. Lebih kurang macam Vitamin Sintetik vs. Vitamin Natural lah.

Kebanyakan syarikat akan cari cara untuk menjimatkan kos pengeluaran produk. Jadi salah satunya adalah menggunakan kacang soya GMO.

Dr. Louis J. Pribyl, a Brazilian government scientist menekankan yang berdasarkan kajian, toksin akan dibina tanpa disedari apabila gen baru dimasukkan didalam sel tumbuhan.

Jadi sebab itulah penting kita pilih soya yang NON-GMO yer.

3) SOY PROTEIN ITU MESTI MENGANDUNGI 9 ASID AMINO PERLU

Ni lagi satu ciri yang sangat penting. Badan kita memerlukan kesemua 9 asid amino ini untuk menghasilkan hormone, jus penghadaman, antibody, dan enzyme.

If one essential amino acid is missing, the immune system can be depressed 30%, and many important body functions are delayed or stopped.

Haa..Nampak tak kepentingannya di situ?

4) SOYFLAKES MESTI DIBERSIHKAN DENGAN AIR DAN BUKAN ALKOHOL

Semasa proses pembuatan soy isolate, ada kebanyakan company yang menggunakan alcohol untuk membersihkan soyflakes.

Alkohol tu dah la sememangnya HARAM kan, ia juga akan memusnahkan kandungan isoflavone sehingga 88%!!

ISOFLAVONES itu sangat diperlukan untuk mengurangkan risiko kanser paru-paru dan bermanfaat dalam penyeimbangan hormone.

5) BAHAN-BAHAN ANTI-THYROID / ANTI-GROWTH SUBSTANCE MESTI DISINGKIRKAN

Soya mentah mengandungi 'anti-growth', 'anti-tyrosine' substance. Kekurangan 'tyrosine' ni akan menyebabkan tekanan darah rendah, suhu badan rendah, dan 'restless leg syndrome'.

Jadi pastikan kita memilih jenama yang menggunakan 'extracting process' yang menyingkirkan bahan-bahan tersebut.

Dan pada masa yang sama ia masih mengekalkan keaslian soya dan mengekalkan paras asid amino serta isoflavones yang tinggi, yang sangat sensitive pada suhu panas.

6) PROSES PEMBUATAN SOY PROTEIN SEBAIKNYA TANPA PEMANASAN

Asid amino adalah sangat sensitive pada suhu panas. Ada kajian menunjukkan protein yang dimasak dengan suhu tinggi akan menghancurkan sehingga 50% acid amino perlu.

Jadi jika kita sering makan diet yang kekurangan 'essential amino acids', ia akan memberi kesan kepada perkembangan otak dan hormone, atau perkembagan tisu badan juga akan terbantut.

7) SOY PROTEIN POWDER HENDAKLAH DITAMBAH UNSUR KALSIUM

Sebenarnya, kacang soya adalah bahan yang NEUTRAL (Neither acidic nor alkaline).

Walau bagaimanapun, kajian menunjukkan, semasa penghasilan soy powder, minyak kacang soya (soybean oil) perlu disingkirkan supaya soy powder itu tidak mudah berbau. Proses ini menyebabkan soy powder menjadi sedikit berasid.

Oleh itu, adalah penting untuk pengeluar soy powder menambah kalsium (unsur alkali) yang mencukupi untuk menjadikan ia neutral semula. Kebanyakan pengeluar TIDAK MENAMBAH kalcium yang cukup dalam produk mereka.

BAGAIMANA DENGAN ESP (ENERGIZING SOY PROTEIN) SHAKLEE?

Semestinya ESP MEMENUHI KESEMUA REQUIREMENTS di atas. Sebab itulah saya tetap memilih ESP SHAKLEE dalam diet seharian. Saya yakin IT IS THE BEST FOR ME!!

Adalah penting untuk kita FAHAM kenapa kita memilih sesuatu produk itu yer.

Bukan hanya semata-mata kerana ia produk yang glamour, atau hanya kerana Testimony orang lain.

Harganya pun sangat mampu-milik. 1 tin boleh tahan sehingga 2 bulan untuk seorang makan.

Suami isteri pun boleh makan sama-sama. Sesuai untuk LELAKI dan PEREMPUAN.

 


Miza
Pengedar Sah Shaklee
017 623 2042

Thursday, 23 October 2014

Vitamin E Terbaik.



KHASIAT VITAMIN E
 
 
 
Tahukah anda bahawa sebiji kapsul Vitamin E Shaklee bersamaan dengan 400IU vitamin E yang diperlukan oleh badan kita. Vitamin E mengandungi 10mg selenium semulajadi yang membantu untuk memlihara membran sel-sel, sel darah merah dan tisu-tisu otot. Ianya juga adalah penyahtoksik semulajadi logam berat seperti raksa, dan mengukuhkan anti-oksidan dan melindungi retina.
 


 
Miza
0176232042
Pengedar Sah Shaklee

Tips Menarik Minat kanak-kanak pada sayur


Bagi kanak-kanak yang suka memilih sayur dan susah untuk makan sayur, ibu bapa boleh wat cara macam ni. Mesti budak-budak suka. Selamat mencuba !!!









Wednesday, 22 October 2014

9 hari lagi promosi mealshakes







Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Promosi mealshakes tinggal 9 hari sahaja lagi.

Sape yang perlukan mealshakes ni.
Mealshakes sangat sesuai untuk kanak-kanak dari setahun ke atas sehingga orang dewasa.
Mealshakes sesuai untuk kanak-kanak bagi menguatkan antibodi badan dan mengelakkan selsema, sembelit. Mealshakes juga sesuai untuk orang dewasa bagi menghilangkan kelesuan, sumber protein, dan antibodi badan.


Jom dapatkan mealshakes.

Miza
Pengedar sah shaklee

Monday, 20 October 2014

Promo tinggal 10 hari lagi






Oktober bulan bertuah kerana ada dua promosi dalam satu masa iaitu MEALSHAKES dan ESP.

 

Meal Shakes


Hidangan lazat, berkhasiat dan mudah disediakan yang pasti digemari oleh seisi keluarga:
  • Sarapan segera penuh berkhasiat
  • Sajian yang lazat, murah dan cepat disediakan
  • Makanan segera untuk dinikmati oleh semua
  • Snek yang sungguh sedap dan boleh diambil pada bila-bila masa
  • Sajian ideal yang rendah kolesterol, lemak dan natrium
Shaklee Meal Shake merupakan sumber protein yang lengkap dengan penambahan vitamin dan mineral. Ia membekalkan sembilan asid amino dalam nisbah yang seimbang untuk kesejahteraan tubuh anda dan amat diperlukan dala
Di samping itu, Meal Shakes Shaklee juga mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein, termasuk asid amino perlu dan tidak perlu.


ESP - Soy Protein Isolate Powder

 

Membekalkan tenaga berpanjangan dengan kebaikan protein berkualiti tinggi daripada tumbuhan

Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya yang lengkap, iaitu 14 gram protein soya bukan GMO berkualiti tinggi termasuk sembilan asid amino penting yang diperlukan untuk proses sintesis protein tubuh.
Berbanding protein daripada sumber daging, telur dan tenusu, ESP juga mengandungi kandungan lemak yang rendah tanpa laktosa dan kolesterol.
Shaklee ESP:
  • Menyediakan sumber tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar
  • Mengandungi lima vitamin B penting, separuh daripada Nilai Harian kalsium, serta isoflavon soya. Kajian menunjukkan bahawa soya dapat membantu menyeimbangkan semula hormon semasa tempoh peralihan menopaus*
  • Protein soya bukan GMO ini dihasilkan di bawah Program Pengekalan Identiti atau Identity Preservation Program (IPP), di mana proses penanaman hingga pemprosesan kacang soya dipantau dengan teliti dan dilakukan dalam keadaan terkawal

Miza
Pengedar Sah Shaklee
0176232042

Saturday, 18 October 2014

Merancang Jantina Baby



Entry ini hanya suka-suki tau.
Haha.Yang ni hanya kajian tau.
Jangan terlampau percaya.
Kita hanya merancang. Allah yang menentukan segalanya.

Yang melintang tu umur ibu masa ngandung
Yang menegak tepi tu bulan start preknan.
F warna purple = perempuan
M warna hijau = lelaki

Contoh:
Umur saya preknan anak sulung 25 tahun..start ngandung bulan January..
Maka tengok situ (F) = perempuan

Contoh kedua lak,
Umur saya ngandung anak kedua 28 tahun, start ngandung bulan Disember
Maka tengok situ (F) = perempuan.

Hehe. Mungkin kebetulan sama ngan jadual ni.
Anda boleh cuba try test.

Scrub Hebat.. Hanya Rm2!! Anda Pasti Kagum








Assalamualaikum,

Selamat pagi.
Jam menunjukkan pukul 9.00 pagi.
Memang sesuai dengan entry saya pada pagi ini, iaitu scrub hebat. Memang marvellous kesannya.
Jom cuba.

Bahan-bahan:

Sebiji alfafa
Setengah biji vitamin c
3 sudu air suam
Piring

Cara-cara

Letak alfafa dan vitamin c dalam piring
Letak air suam.
Biar cair skit alfafa dan vitamin c.
Kemudian, sapu kat muka dan leher.
Gosok-gosok sikit dalam 10 minit
Memang segar rasanya.
Kemudian biar kering dalam 10 minit.
Dah kering...basuh...

Memang licin rasa muka.
Muka rasa segar

Jom buat.
Saya dah buat.


Miza
Pengedar sah Shaklee
017-6232042
 

Wednesday, 15 October 2014

ESP HOT SELLER !!!


Esp  ( Soy Protein Isolate Powder )
 
Shaklee merupakan syarikat pertama yang mencipta makanan tambahan protein berasaskan kacang soya. Esp ini diiktiraf seluruh dunia dengan mempunyai kajian klinikal yang sangat ekstensif serta memiliki kualiti protein yang sangat tinggi yang pernah dihasilkan.
 
Kacang soya yang digunakan oleh Shaklee mengandungi Non-Gmo (Non Genetically Organism) yang mana ia diproses pada kadar suhu yang rendah.
 
Esp ini merupakan satu-satunya produk di dalam pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Ia turut diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral.
 
Satu hidangan Shaklee ini bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu, rendah lemak, tiada kolestrol, tiada asid uric dan sangat mudah diserap oleh tubuh.
 
 
Kepentingan Protein
 
Badan kita terdiri daripada sel. Dari sel membentuk tisu. Dari tisu membentuk organ. Dari organ membentuk system. Protein merupakan makanan kepada sel. Jika sel mendapat cukup protein ditambah dengan protein yang bagus, sel yang sihat akan mudah terbentuk demi menggantikan sel lama.
 
 
Risiko Kekurangan Protein.
 
1) Ketahanan badan rendah terhadap jangkitan
 
2) Anemia (kurang darah atau kurang oksigen dalam darah)
 
3) Penyakit buah pinggang
 
4) Kolestrol tinggi
 
5) Tekanan darah rendah
 
6) Kandungan gula dalam darah rendah
 
7) Fungsi saraf tak stabil
 
8) Ulser perut, usus
 
9) Luka lambat sembuh
 
10) Letih. lesu
 
11) Pengaliran darah yang tidak lancer
 
Oleh itu, sempena promosi ESP pada bulan Oktober ini mari dapatkan ESP dari saya.
 
Miza
0176232042
Pengedar Sah Shaklee


Tuesday, 14 October 2014

Produk Shaklee


Produk Shaklee terbahagi kepada 4:

  • Pemakanan Sihat                      
          (http://www.shaklee.com.my/products/healthy-nutrition/)
  • Penjagaan Berat Badan           
           (http://www.shaklee.com.my/ms/products/healthy-weight/)
  • Penjagaan Diri dan Kecantikan
           (http://www.shaklee.com.my/ms/products/healthy-beauty/)
  • Penjagaan Rumah                     
          (http://www.shaklee.com.my/ms/products/healthy-home/)

Monday, 13 October 2014

Mesin Automotif

 



Bile kita lihat mesin ni mesti banyak komponen-komponennya. Contohnya mesin basuh, mesin potong rumput.. Ade motor yang menggerakkannya. Tanpa motor ni maka tak berfungsilah mesin itu.  Dan kalau motor tu dah rosak, tak bergeraklah mesin.
 
Sama juga dengan badan kita. Motor yang menggerakkan badan kita adalah tenaga, sistem saraf, otot, abdomen, sendi, dan sebagainya.
 
Motor perlu diservis. Kalau tak diservis maka, akan berkarat. Apabila berkarat,  pergerakkan motor akan menjadi lambat. Sebab tu la kite perlukan suplemen. Suplemen ini berfungsi untuk servis motor dalam badan kita. Suplemen berfungsi untuk menambah jumlah tenaga di dalam badan kita.

Kenali Shaklee


"Di Shaklee, kami percaya bahawa alam semula jadi mengandungi 1001 rahsia untuk kehidupan yang lebih lama, sihat dan produktif.
Kisah kami bermula hampir 60 tahun yang lalu apabila Dr. Forrest C. Shaklee, dengan falsafah kehidupannya Living in Harmony with Nature® telah mencetuskan gerakan yang berterusan untuk membantu ke arah kehidupan yang lebih bahagia dan lebih sihat.
Hari ini, kami merupakan syarikat pemakanan semula jadi nombor satu di Amerika Syarikat, dengan pejabat di seluruh dunia dan tenaga pakar terkemuka dalam bidang penyelidikan pemakanan. Kami melepasi dan melangkaui piawaian industri setiap masa bagi memastikan produk kami Sentiasa Selamat, Sentiasa Berkesan dan Sentiasa Mesra Alam.
Kami menguji setiap bahan baharu untuk mengesan lebih 350 bahan cemar berbahaya.
Kami menjalankan lebih 100,000 ujian kualiti setiap tahun bagi menjamin ketulenan tertinggi sebolehnya.
Kami telah melaburkan lebih $250 juta dalam ujian klinikal, penyelidikan dan pembangunan.

Kami juga menawarkan peluang kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk menjana pendapatan sampingan dengan berkongsi produk kami.
Sehingga hari ini, kami telah membayar komisen bernilai lebih $6.7 bilion kepada para Pengedar kami, dan kami menjemput anda untuk mengecapi manfaat memiliki perniagaan Shaklee anda sendiri."

(Sumber: http://www.shaklee.com.my/ms/about/ )

Hamiza Healthcare... Blog Pertamaku

Bismillahirrahmanirrahim
 
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera
 
 
 
Pertama kali saya rasa amat bersyukur kerana dapat menghasilkan sebuah blog. Pada permulaan ini banyak yang perlu dipelajari. Bak kata pepatah sikit-sikit lama lama jadi bukit. Alah bisa tegal biasa. Kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. ha.. gitu
 
Justeru, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada suami yang banyak memberi sokongan dan moral support dalam menjayakan blog ni.
 
Saya merupakan pengedar sah Shaklee.
Di dalam blog saya ini saya akan kongsikan maklumat berkaitan produk Shaklee. Banyak maklumat dan kebaikan produk Shaklee ini. Tak kenal maka tak tahu. Ilmu itu luas. Eloklah jika ilmu itu kita kongsikan bersama. Sebarang idea atau komen bolehla diutarakan.
 
Buah cempedak diluar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.
 
Cincin intan bunga selasih
Sekian terima kasih.